- Iklan -
Berita

Peguam terlibat pertuduhan baru, reman dan jenayah pelbagai dibenar teruskan operasi

Pihak peguam dipohon untuk merujuk kepada SOP perkhidmatan guaman sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan di platform komunikasi MKN.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kerajaan hari ini mengumumkan pengecualian kepada peguam-peguam yang perlu mewakili anak guam bagi urusan pertuduhan baru, penahanan reman dan permohonan jenayah pelbagai untuk terus menjalankan urusan mahkamah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil maklum kehadiran secara fizikal di mahkamah masih diperlukan bagi ketiga-tiga urusan tersebut.

“Kebenaran untuk ke mahkamah bagi peguam-peguam yang mewakili anak guam bagi kes pertuduhan baru, penahanan perintah reman dan permohonan jenayah pelbagai ini boleh diperolehi daripada balai polis berdekatan.

“Pihak peguam dipohon untuk merujuk kepada SOP perkhidmatan guaman sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan di platform komunikasi MKN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut Takiyuddin kerajaan turut bersetuju firma guaman yang terlibat dalam sektor pekhidmatan perlu perlu memohon kebenaran beroperasi daripada kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti).

Ahad lalu, Putrajaya menetapkan pengecualian kepada sekurang-kurangnya 17 sektor utama perkhidmatan untuk meneruskan operasi sepanjang sekatan pergerakan penuh (SPP) atau “total lockdown” yang bermula hari ini.

Semalam, kementerian kewangan turut megumumkan penambahan satu lagi sektor iaitu elektrik dan elektronik untuk terus beroperasi kerana melibatkan perdagangan dan pembuatan alatan perkhidmatan kesihatan yang merupakan industri kritikal sepanjang pandemik.