Friday, June 18, 2021

CAP gesa sekat import lembu hidup dari Thailand, elak penyakit LSD

Wabak penyakit LSD yang menjejaskan haiwan ternak boleh berjangkit melalui nyamuk, lalat dan kutu.

Other News

Pesatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan untuk menghentikan serta merta sebarang kegiatan import lembu hidup dari Thailand susulan beberapa laporan berhubung wabak penyakit kulit yang menjejaskan lebih dari 6,000 binatang di negara itu.

Ia memetik laporan yang mendakwa penyakit yang dikenali sebagai penyakit lumpy skin disease (LSD) itu telah menjejaskan lebih 6,700 lembu dan kerbau di 35 wilayah.

“Penyakit ini dikenal pasti dengan demam, kelenjar yang membesar dan bengkak-bengkak pada kulit dan lendir berselaput.

“Walaupun penyakit itu tidak memberi kesan terhadap manusia, LSD adalah penyakit yang menjadi punca utama negara-negara di Eropah dan Amerika Syarikat menyekat eksportnya,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Mengingatkan kedatangan sambutan Hari Raya Aidiladha, CAP berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia perlu menyekat serta merta semua import lembu dari Thailand susulan wabak penyakit yang boleh berjangkit tersebut.

Ia juga menggesa JPV untuk melaksanakan siasatan bagi memastikan penyakit tersebut tidak menjangkiti haiwan ternakan sedia ada di Malaysia.

“Thailand yang merupakan negara jiran terdekat kita, penyakit itu mudah berjangkit melalui nyamuk, lalat dan kutu,” katanya lagi.

CAP turut menambah penyakit itu juga mungkin menyebabkan kerugian besar penghasilan susu dan daging haiwan ternakan sementara penternak akan berdepan kerugian kerana terpaksa menanggung pengurusan penyakit dan rawatan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles