- Iklan -
Berita

Moratorium 3 bulan antara diumumkan PM dalam pakej RM40 bilion

RM5 billion bantuan yang diumumkan diambil dari suntikan terus fiskal daripada kerajaan.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan moratorium pinjaman bank selama tiga bulan sebagai sebahagian daripada pakej bantuan Pemerkasa Plus bernilai RM40 bilion, sebagai bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan sekatan pergerakan penuh selama dua minggu yang akan bermula esok.

Dalam perutusan malam ini, beliau berkata RM5 bilion akan disuntik kerajaan daripada fiskal Belanjawan 2021.

“Hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

“Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan,” kata Muhyiddin.

Selain itu, peruntukan dan bantuan lain yang diumumkan Muhyiddin termasuk:

  • RM1 bilion bagi mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam:
  1. RM450 juta bagi menaik taraf kapasiti katil dan kelengkapan ICU untuk rawatan Covid-19 di hospital termasuk hospital pengajar universiti awam, medan.
  2. RM550 juta untuk menampung pertambahan kos operasi dan pengurusan meliputi perubatan, dan menambah pekerja kontrak dan pesara petugas kesihatan tambahan bagi mempercepatkan pemberian vaksin.
  • 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR:
  1. RM500 untuk bagi kategori isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500 ringgit.

2. RM300 untuk kategori isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000

3. RM100 untuk kategori bujang.

  • Tambahan RM2 bilion dari Bank Negara Malaysia untuk pemulihan bersasar bagi PKS terjejas.
  • RM68 juta bagi Pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran, e-hailing dan pemandu pelancong.
  1. RM500 secara one-off akan diagihkan kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing.
  • RM1 bilion bagi skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi.
  • RM1.5 bilion bagi pelanjutan program subsidi upah (sebulan bagi semua sektor ekonomi terkesan).
  • Pengecualian selama sebulan pembayaran levi.
  • RM1.5 bilion pembiayaan mikro kredit (dengan kadar serendah 3%)
  • RM5-7 bilion kepada perniagaan kecil dan sederhana yang terjejas.
  • Lanjutan diskaun 10% bagi sektor-sektor terjejas
  • Potongan khas cukai kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% untuk tempoh 6 bulan sehingga 31 Disember 2021.
  • Pengecualian selama sebulan pembayaran levi
  • Pengecualian Bayaran Lewat Pembaharuan Lesen Perniagaan hingga 31 Disember 2021 untuk PKS mikro, milikan tunggal & perkongsian
  • lanjutan pengecualian duti setem bagi kempen pemilikan rumah (HOC) sehingga 31 Disember 2021.
  • Penciptaan pekerjaan bersasar dengan pelancaran program subsidi upah, insentif penggajian & program latihan sebanyak 500,000
  • RM2 bilion bagi pelaksanaan projek skala kecil (Kontraktor G1 – G4)
  • RM2 bilion bagi Jaringan Prihatin untuk membantu 8.4 juta penerima BPR
  • RM150 kredit bagi program E-Belia untuk manfaat 2 juta belia & pelajar IPT