Friday, October 29, 2021

Mohon surat operasi perniagaan daripada Miti, kata MKN

Menurut MKN, syarikat yang sudah mendaftar dengan Miti sebelum ini tidak perlu mendaftar semula.

Other News

Kesemua surat kebenaran bagi sektor-sektor ekonomi perlu yang dibenarkan sepanjang sekatan pergerakan penuh dari 1 hingga 14 Jun akan dikeluarkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti), kata Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Syarikat-syarikat yang sudah tersedia berdaftar di CIMS 3.0 tidak perlu mendaftar semula dan boleh terus memuat turun surat kebenaran beroperasi bermula jam 8.00 malam, 31 Mei 2021,” kata MKN dalam satu kenyataan hari ini.

“Bagi syarikat dalam sektor-sektor tersebut yang masih belum mendaftar, boleh membuat pendaftaran bermula 8.00 pagi, 1 Jun 2021.”

Menurut MKN, sektor-sektor ekonomi seperti di bawah boleh mengakses portal CIMS 3.0 untuk mendapatkan surat kelulusan beroperasi sekiranya belum menerima kelulusan untuk beroperasi mulai 1 Jun 2021, melalui pautan notification.miti.gov.my:

i. Pembuatan dan perkhidmatannya yang berkaitan (manufacturing-related
service – MRS);

ii. Perdagangan pengedaran termasuk pemborongan, peruncitan dan
pengedaran;

iii. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan;

iv. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan
klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar;

v. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta
penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya
sahaja);

vi. E-dagang dan teknologi maklumat;

vii. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan
bahan api dan pelincir; dan

viii. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal

MKN berkata, dengan perkembangan terbaru ini, pergerakan pekerja bagi sektor-sektor tersebut boleh menggunakan surat CIMS 3.0 daripada Miti; dan surat pengesahan lantikan daripada majikan atau pas pekerja.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles