Friday, June 18, 2021

Malaysia rekod kes bawah 7,000 bagi hari kedua

67 lagi korban akibat Covid-19 dicatat menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,796.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru tertinggi sebanyak 6,824 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 572,357.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,111 disusuli Kelantan (695), Sarawak (654), Johor (489) dan Kedah (464).

Negara juga mencatat sebanyak 5,251 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 490,038.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 79,523.

Dalam pada itu, 851 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 422 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 67 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,796.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles