- Iklan -
Berita

Majlis akad nikah di Selangor perlu ditangguh sepanjang ‘lockdown’

Semua perkhidmatan Jais ditangguh sepanjang 2 minggu sekatan pergerakan penuh.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Semua pelanggan Jais disaran untuk sentiasa mengikuti laman rasmi ww.jais.gov.my atau platform rasmi media sosial Jais untuk sebarang makluman rasmi dan terkini. Gambar: Twitter
Semua pelanggan Jais disaran untuk sentiasa mengikuti laman rasmi ww.jais.gov.my atau platform rasmi media sosial Jais untuk sebarang makluman rasmi dan terkini. Gambar: Twitter

Majlis akad nikah serta semua perkhidmatan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditangguhkan sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan di seluruh negara, bermula esok hingga 14 Jun.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Jais berkata semua pelanggan Jais disaran untuk sentiasa mengikuti laman rasmi www.jais.gov.my atau platform rasmi media sosial Jais untuk sebarang pemakluman rasmi dan terkini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pelanggan boleh e-mel ke [email protected].