Thursday, October 21, 2021

17 sektor, industri dibenarkan beroperasi sepanjang ‘lockdown’ 3.0

Aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial juga dilarang sepanjang tempoh 1 hingga 14 Jun.

Other News

Menteri Kanan (Kluster Pertahanan) Ismail Sabri hari ini mengumumkan 17 sektor perlu atau “essential” yang dibenarkan beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) skala penuh atau “total lockdown” yang bermula 1 hingga 14 Jun depan.

17 sektor perkhidmatan perlu yang dibenarkan untuk dibuka adalah seperti berikut:

1. Makanan dan minuman
2. Penjagaan kesihatan dan perubatan
3. Air
4. Tenaga
5. Keselamatan
6. Pengurusan sisa pepejal
7. Pengangkutan termasuk darat, air dan udara
8. Perkhidmatan perlabuhan, lapangan terbang, pengendalian kargo
9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet
10. Perbankan dan insurans takaful
11. Kredit komiditi termasuk pajak gadai
12. E-dagang dan teknologi maklumat
13. Penyimpanan, pengagiahan bahan api dan pelincir
14. Hotel dan penginapan namun hanya untuk perkhidmatan kuarantin
15. Pembinaan dan penyelanggaraan
16. Perkhidmatan perhutanan yang terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar
17. Logistik terhad

Dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, Ismail berkata semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan sepanjang PKP kali ini.

Sementara itu, industri sektor perkilangan juga tidak dibenarkan untuk dibuka kecuali 12 bahagian antara lain sektor aeroangkasa, perkilangan makanan dan minuman, bahan pembungkusan dan percetakan, barang-barang penjagaan diri dan pencuci, perubatan dan kesihatan.

Berhubung pelaksanaan PKP kali ini, Ismail berkata orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk membeli barangan keperluan sahaja seperti pembelian makanan, ubat-ubatan.

“Kita hanya benarkan 2 orang untuk beli keperluan asasi tadi kecuali perkara-perkara melibatkan perkhidmatan kesihatan. Pergerakan tak dibenarkan melebihi 10km.

“Pasar malam, pasar tani, juga tidak dibenarkan. Tadika dan taska tidak dibenarkan kecuali bagi frontliner dan ibu bapa yang keduanya bekerja, sementara tadika, tadika swasta, antarabangsa dan ‘expatriate’ tidak dibenarkan,” katanya.

Bagi mereka yang perlu bekerja, Ismail berkata semua surat kebenaran untuk bekerja dikeluarkan oleh Miti dan hanya berkuatkuasa hingga 31 Mei sahaja.

“Dengan pelaksanaan PKP ini, semua surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) adalah terbatal mulai 1 Jun 2021.

“Permohonan baru bagi kebenaran perjalanan perlu dikemukakan kepada kementerian-kementerian yang berkaitan.”

Menurut Ismail, stesen minyak hanya akan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 8 malam sementara stesen minyak yang terletak di sepanjang lebuh raya dibenarkan untuk beroperasi selama 24 jam.

“Mengenai aktiviti keagamaan pula, ia akan ditentukan oleh kerajaan negeri,” katanya

RINGKASAN SOP PKP MKN 30 MEI 2021 -TIDAK DIBENARKAN V3

RINGKASAN SOP PKP MKN 30 MEI 2021 -DIBENARKAN V4

SIARAN MEDIA_PKP_(30.5.21)_FINAL_BM2

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles