- Iklan -
Berita

Walaupun pahit terpaksa ditelan, kata persatuan majikan berhubung ‘lockdown’

Butiran yang jelas perlu dikeluarkan kementerian berkaitan SOP PKP kali bagi mengelakkan kebingungan kepada perniagaan.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
PKP sekala penuh seperti yang dilaksanakan tahun lalu akan menjejaskan perniagaan daripada industri kecil dan sederhana.
PKP sekala penuh seperti yang dilaksanakan tahun lalu akan menjejaskan perniagaan daripada industri kecil dan sederhana.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyifatkan keputusan Putrajaya semalam untuk melaksanakan “total lockdown” di seluruh negara sebagai “ubat pahit yang mesti ditelan” kerana mereka memahami langkah tersebut adalah penting bagi melandaikan keluk pandemik Covid-19.

MEF turut menggesa butiran yang jelas perlu dikeluarkan pihak berkuasa kepada pihak perniagaan agar kebingungan mengenai prosedur operasi strandard (SOP) dalam sektor-sektor yang terlibat dalam perintah kawalan pergerakan (PKP) kali ini dapat dielakkan.

“Kali ini, para majikan dan orang ramai diberikan arahan yang lebih jelas dan telus mengenai rancangan kerajaan untuk mengawal penularan Covid-19,” kata presidennya, Syed Hussain Syed Husman.

Syed Hussain turut menggesa kerajaan mengumumkan pakej rangsangan bagi menangani beban dan tanggungann yang terpaksa dihadapi perniagaan dan pekerja-pekerjanya.

“Tanpa sebarang keuntungan sepanjang lockdown, ia akan menjadi cabaran esar bagi mereka untuk kekal bertahan,” katanya sambil memetik amaran menteri kewangan 2.8 juta orang akan kehilangan pendapatan selain 40% perniagaan kecil dan sederhana mengkin menutup perniagaan.

“Moratorium pinjaman secara automatik juga perlu diperkenalkan supaya perniagaan dan individu boleh teruskan operasi dan kehidupan mereka,” tambahnya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan “total lockdown” atau PKP skala penuh selama dua minggu seperti yang pernah dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Pelaksanaannya akan berkuatkuasa dengan tiga fasa mengikut penilaian risiko kementerian kesihatan selepas kadar jangkitan baru dapat dikurangkan dalam tempoh dua minggu pertama.

Fasa kedua yang akan dilaksanakan selama sekurang-kurangnya sebulan akan membenarkan sebahagian sektor ekonomi beroperasi tanpa melibatkan pertemuan orang ramai dalam jumlah yang ramai.

Fasa ketiga pula akan menyaksikan pelaksanaan PKP seperti yang dijalankan ketika ini, dengan kebanyakan sektor dibenarkan beroperasi.

MEF mengalu-alukan sasaran jalur masa yang ditetapkan semalam sambil menambah sasaran PKP tersebut akan dapat dicapai jika angka jangkitan dapat dikurangkan.

MEF turut berkata kawalan sempadan yang diperketatkan adalah penting bagi mengelakkan varian Covid-19 memasuki negara.

“Ini adalah tanggungjawab bersama namun kita masih lihat hal yang serius ini diambil mudah, jadi selain hanya mengharapkan kerajaan, orang ramai juga mesti bertanggungjawab dalam setiap tindakan mereka.

“Tidak ada gunanya bercakap tentang berikan pilihan vaksin kepada rakyat jika mereka tidak dapat bantu selesaikan masalah,” tambah Syed Hussain.