Sunday, October 24, 2021

Kes baru Covid-19 tertinggi lepasi 9,000, ragut 98 jiwa

Lebih 800 orang dimasukkan ke ICU dengan 430 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru tertinggi sebanyak 9,020 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 558,534.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,836 disusuli Kelantan (907), Negeri Sembilan (898), Kuala Lumpur (789) dan Sarawak (726).

Negara juga mencatat sebanyak 5,527 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 479,666.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 76,218.

Dalam pada itu, 844 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 430 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 98 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,650.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles