Saturday, June 12, 2021

Penerima vaksin warga Malaysia antara 26 kes baru di Singapura

Pesara lelaki itu menerima dos vaksin pertama pada 19 Mac lalu.

Other News

Seorang pesara Malaysia berusia 74 tahun merupakan antara 26 kes baru Covid-19 yang dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut kementerian kesihatan republik itu.

“Hasil ujiannya disahkan positif pada 25 Mei. Hasil ujian serologinya negatif. Beliau menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 19 Mac,” kata kementerian dalam data lengkapnya yang dikeluarkan malam tadi.

Pesara lelaki itu adalah ahli keluarga dan serumah dengan Kes 63709, seorang wanita tempatan berusia 46 tahun yang bekerja sebagai setiausaha di Prestige Legal LLP dan disahkan positif Covid-19 pada 24 Mei.

Tiga kes baru yang dilaporkan pada Rabu juga melibatkan rakyat Malaysia lain dengan dua diklasifikasi sebagai tidak berkait dan satu lagi berkait dengan kluster “dealer” Marina Bay Sands Casino yang kini mencatatkan tujuh kes.

Sehingga tengah hari Rabu, republik itu melaporkan sejumlah 61,916 kes jangkitan keseluruhan, 34 kluster terbuka dengan yang terbesar melibatkan kluster Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dengan 108 kes.

Terdapat 242 kes yang disahkan masih dipantau di hospital, dengan kebanyakannya stabil atau semakin pulih.

Dua pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi dan 18 yang lain menggunakan bantuan oksigen, kata kementerian itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles