Wednesday, October 20, 2021

Khairy yakin kadar vaksinasi capai sasaran, berjuta dos bakal tiba

Khairy berkata suntikan AstraZeneca akan dimasukkan semula dalam program vaksinasi kebangsaan selepas mendapat respons menggalakkan daripada orang ramai.

Other News

Khairy Jamaluddin sekali lagi menzahirkan  keyakinannya dengan kadar program vaksinasi Covid-19, mengatakan jutaan lagi dos akan tiba ke negara ini dalam tempoh dua bulan, selain memohon maaf di atas kesulitan dialami orang ramai ketika menempah slot janji temu vaksinasi AstraZeneca akibat respons yang menggalakkan.

Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu berkata Malaysia akan menerima bekalan sekurang0kurangnya dari tiga syarikat berdasarkan kelulusan Bahagian Regulator Farmasi Negara (NPRA).

Beliau berkata sebanyak dua juta dos suntikan vaksin Pfizer akan dihantar pada Julai depan, sementara 12 juta dos vaksin Sinovac dari China akan tiba pada Jun dan Julai.

MENYUSUL LAGI

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles