- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 hampir cecah 8,000

Selangor catat kes harian tertinggi sebanyak 2,675.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ujian swab Covid-19 dijalankan petugas kesihatan. Malaysia kini mengumpulkan kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 541,224.
Ujian swab Covid-19 dijalankan petugas kesihatan. Malaysia kini mengumpulkan kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 541,224.

Malaysia merekodkan kes baru tertinggi sebanyak 7,857 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 541,224.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,675 disusuli Sarawak (772), Kelantan (754) Kuala Lumpur (561) dan Johor (549).

Sementara itu, hanya Perlis (6) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 4,598 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 469,325.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 69,408.

Dalam pada itu, 771 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 392 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 59 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,491.