- Iklan -
Berita

Restoran Israel, ChickP buka cawangan pertama di Singapura

Pembukaan cawangan ChickP di Singapura adalah untuk mendekati peminat makanan protein di negara itu.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Syarikat teknologi makanan Israel, ChickP memulakan operasi komersial menghasilkan beberapa jenis isolat protein kacang buncis dan pati kacang buncis untuk memenuhi permintaan produk berasaskan tumbuh-tumbuhan dan protein yang berkembang pesat. Gambar: AFP
Syarikat teknologi makanan Israel, ChickP memulakan operasi komersial menghasilkan beberapa jenis isolat protein kacang buncis dan pati kacang buncis untuk memenuhi permintaan produk berasaskan tumbuh-tumbuhan dan protein yang berkembang pesat. Gambar: AFP

Restoran berasaskan makanan protein yang berasal dari Israel, ChickP membuka cawangan pertamanya di Singapura.

Perkara itu diumumkan semalam oleh ChickP, dengan Moy Teo dilantik sebagai pengarah pengembangan perniagaan di Asia.

“Saya teruja untuk memulakan perjalanan ini dengan ChickP dalam segmen ramuan protein,” kata Moy.

“Kacang buncis adalah tanaman yang terkenal dan sangat dihormati di Asia. Wilayah ini merangkumi lebih daripada 85% penggunaan kacang  buncis di seluruh dunia, hanya di belakang India.”

Syarikat ChickP Protein, Ltd ditubuhkan pada tahun 2016 oleh Ram Reifen, ahli gastroenterologi pediatrik dan profesor pemakanan manusia yang berasal dari Israel.

Menerusi penyelidikan selama 20 tahun di Hebrew Universiti, Jerusalem, Reifen menumpukan kajian kepada kepentingan pemakanan keseluruhan kacang buncis dan nilainya dalam memerangi kekurangan zat makanan.

Syarikat ini memulakan operasi komersial menghasilkan beberapa jenis isolat protein kacang buncis dan pati kacang buncis untuk memenuhi permintaan yang berkembang pesat.

Menurut Ron Klein, ketua pegawai eksekutif ChickP, Singapura merupakan lokasi strategik untuk menjadi pusat produk berasaskan tumbuh-tumbuhan dan protein.

Beliau juga berkata pembukaan cawangan ChickP di Singapura adalah untuk mendekati peminat makanan protein di negara itu.

“Kami percaya pada hubungan pelanggan dan perkongsian yang kuat dalam pembangunan produk,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ChickP Ron Klein.

“Walaupun produk makanan berasaskan tumbuhan mungkin mempunyai cabaran dari segi fungsi dan cita rasa, kami percaya pelanggan harus didekati untuk memajukan pembangunan, membantu mengendalikan rantaian bekalan dan memendekkan waktu pasaran.

“Singapura menjadi pusat produk berasaskan tumbuh-tumbuhan dan protein alternatif, dan ChickP bersedia untuk memberi kepuasan kepada pelanggannya.”