Tuesday, June 22, 2021

Angka jangkitan, kematian catat rekod tertinggi

7,478 kes baru dengan Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 2,455.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 7,478 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 533,367.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,455 disusuli Kuala Lumpur (760), Sarawak (640) Johor (587) dan Kelantan (547).

Sementara itu, hanya Perlis (8) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Kes aktif mencatatkan 66,208 dengan 756 di unit rawatan rapi (ICU).

Sejumlah 4,665 pesakit dibenarkan pulang hari ini menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 464,727.

Bagaimanapun, 63 kematian direkodkan hari ini menjadikan angka keseluruhan kematian seramai 2,432 orang.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles