Saturday, October 16, 2021

Tempahan vaksinasi AstraZeneca kali kedua akan dibuka esok

Tempahan vaksinasi AstraZeneca itu akan dibuka bagi warga Lembah Kelang, Pulau Pinang, Johor, Kuching, dan Miri di Sarawak pada pukul 12 tengahari.

Other News

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini berkata tempahan vaksin AstraZeneca untuk mereka berusia 60 tahun ke bawah akan dibuka esok.

Menurutnya, tempahan vaksinasi AstraZeneca itu akan dibuka bagi warga Lembah Kelang, Pulau Pinang, Johor, Kuching, dan Miri di Sarawak pada pukul 12 tengahari.

Pada 21 Mei lalu, Malaysia menerima 559,200 lagi dos vaksin AstraZeneca melalui penghantaran kedua daripada kemudahan Covax.

Ia adalah bekalan susulan selepas 268,800 dos vaksin tiba kali pertama di Kuala Lumpur pada 21 April lalu melalui inisiatif yang diterajui Unicef dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tersebut.

Secara keseluruhan, Malaysia telah menerima 828,000 dos daripada angka sasaran sebanyak 1,387,200 dos vaksin AstraZeneca yang dibekalkan oleh kemudahan Covax.

Vaksin AstraZeneca ketika ini diberikan melalui pilihan sukarela “siapa cepat, dia dapat” di Selangor dan Kuala Lumpur.

Vaksin AstraZeneca ketika ini menjadi vaksin utama yang dibekalkan kemudahan Covax bagi memastikan negara-negara miskin mendapat akses vaksin dengan kosnya ditanggung oleh derma antarabangsa.

Ia juga digelar sebagai “game-changer” pada Januari lalu ketika diumumkan sebagai vaksin pertama yang mampu milik selain tidak memerlukan tempat penyimpanan suhu dingin seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Bagaimanapun, AstraZeneca menghadapi publisiti buruk berikutan kes darah beku yang dilaporkan di beberapa negara termasuk UK dan Eropah yang menyaksikan beberapa pesakit yang disuntik vaksin tersebut telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, ia disambut baik di Malaysia dengan janji temu vaksinasi sebanyak 268,600 habis ditempah hanya dalam tempoh masa tiga jam.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles