- Iklan -
Berita

Penduduk kampung di India langgar perintah berkurung hadiri pengebumian ‘kuda suci’

Kuda yang dimiliki sebuah kumpulan agama di kampung itu dianggap mempunyai kuasa luar biasa kerana mampu menyelesaikan krisis dalam kampung mereka.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Tangkap layar orang ramai berkumpul bagi memberi penghormatan kepada seekor kuda yang dianggap suci di  Karnataka, India.
Tangkap layar orang ramai berkumpul bagi memberi penghormatan kepada seekor kuda yang dianggap suci di Karnataka, India.

Ratusan penduduk berkumpul di sebuah kampung di Belgavi, Karnataka, India pada Ahad hanya untuk menghadiri majlis pengebumian seekor kuda yang dianggap suci milik sebuah kumpulan penganut agama tempatan.

Kuda yang dimiliki sebuah kumpulan agama di kampung itu dianggap mempunyai kuasa luar biasa kerana mampu menyelesaikan krisis dalam kampung mereka.

Setelah berita kematian kuda tersebut tersebar, seramai 500 orang penduduk kampung berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir.

Dalam sebuah video yang tular, penduduk kampung kelihatan berarak tanpa mempedulikan penjarakan sosial, walaupun Karnataka kini sedang menjalani perintah berkurung.

Video tersebut menerima kecaman daripada pengguna Twitter.

Mereka mengatakan penduduk kampung tersebut tidak sepatutnya melanggar peraturan sekatan pergarakan, apatah lagi India sedang memerangi antara gelombang Covid-19 terburuk di dunia yang menghalang orang ramai daripada menghadiri upacara pengebumian keluarga dan rakan-rakan.

Menteri Dalam Negeri Karnataka Basavaraj Bommai berkata, “Pentadbiran daerah akan menyiasat kejadian ini dan tindakan akan diambil.”

Selepas majlis pengebumian itu, penduduk kampung terpaksa kuarantin selama 14 hari dan pegawai kesihatan daerah mula menjalankan ujian RT-PCR Covid-19 dari rumah ke rumah.

Sementara itu, negeri-negeri terletak di barat daya India menjalankan perintah berkurung sejak 10 Mei lepas selepas peningkatan kes Covid-19 yang berterusan.