- Iklan -
Berita

65 mangsa kemalangan LRT masih dirawat di HKL

Mereka terdiri daripada 29 lelaki dan 36 wanita.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengguna dilihat menggunakan perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen KLCC seperti biasa meskipun terdapat sedikit gangguan sedikit kelewatan jadual tren daripada biasa berikutan kerja-kerja pembaikan akibat kemalangan dua tren LRT semalam. Gambar: Bernama

Seramai 65 mangsa insiden dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang bertembung berdekatan Stesen LRT KLCC di Kuala Lumpur malam tadi, masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata mereka terdiri daripada 29 lelaki dan 36 wanita.

“Yang menerima rawatan di HKL adalah enam warga asing dan selebihnya warga tempatan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, seramai 47 penumpang tren itu dilaporkan parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan dalam insiden kemalangan melibatkan dua tren LRT berkenaan.

Kejadian yang berlaku pada 8.45 malam itu melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.

Berikutan itu, kementerian pengangkutan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden terbabit.