- Iklan -
Berita

Lebih 700 di ICU, korban Covid-19 catat angka tertinggi sebanyak 61

Kes baru Covid-19 catat angka lepasi 6,500.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pematuhan SOP kesihatan ketika pandemik perlu diambil berat orang ramai bagi membendung wabak daripada terus menular. Gambar: Bernama
Pematuhan SOP kesihatan ketika pandemik perlu diambil berat orang ramai bagi membendung wabak daripada terus menular. Gambar: Bernama

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,509 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 518,600.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,409 disusuli Kuala Sarawak (530), Kuala Lumpur, Johor (468) dan Kelantan (451).

Sementara itu, hanya Perlis (7) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,452 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 456,273.

Negara turut merekodkan 20 kluster baru dengan 570 kluster aktif. Sementara kluster yang telah tamat sebanyak 1,475

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 60,018.

Dalam pada itu, 711 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 369 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 61 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,309.