- Iklan -
Berita

India rekod lebih 300,000 korban Covid-19

Negara itu mencatat angka korban sebanyak 303,720 selepas 50,000 kematian dicatat sejak dua minggu.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Peningkatan jumlah korban di India membimbangkan masyarakat antarabangsa. Setakat ini, negara itu telah mecatatkan angka korban ketiga tertinggi selepas AS dan Brazil. Gambar: AP
Peningkatan jumlah korban di India membimbangkan masyarakat antarabangsa. Setakat ini, negara itu telah mecatatkan angka korban ketiga tertinggi selepas AS dan Brazil. Gambar: AP

India hari ini merekodkan lebih dari 300,000 kematian akibat pandemik Covid-19 menjadikannya negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan Brazil yang mencatat gelombang jangkitan besar sehingga menimbulkan krisis dalam sistem kesihatannya.

Negara itu mencatat sebanyak 303,720 korban selepas 50,000 kematian dicatat dalam masa dua minggu sementara angka jangkitan keseluruhan mencecah angka 26.7 juta, kata kementerian kesihatannya.

India terus mencatatkan rekod kes harian dan angka korban yang tinggi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ia telah melaporkan sebanyak 4,454 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Sebuah catatan angka kematian harian kedua tertinggi sejak merekodkan angka tertinggi sebanyak 4,529 pada Rabu.

Ramai pakar mempercayai angka sebenar kematian itu lebih tinggi kerana jangkitan sudah menular di kawasan pedalaman yang menempatkan majoriti populasinya sebanyak 1.3 bilion penduduk selain kemudahan kesihatan yang tidak kondusif dan teruk.

Gelombang jangkitan yang tinggi itu telah menyebabkan hospital di India dipenuhi pesakit sehingga pihak berkuasa kesihatan berdepan kekurangan bekalan alat bantuan oksigen dan ubat-ubatan yang kritikal.