- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 rekod angka tertinggi sebanyak 6,976

Selangor catat kes harian tertinggi sebanyak 2,235, sementara 49 lagi korban direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca. Negara mencatat peningkatan kes jangkitan mendadak kebelakangan ini, vaksinasi orang ramai adalah antara kaedah penting bagi mencapai imuniti kelompok dalam membendung jangkitan. Gambar: Bernama

Malaysia catat rekod tertinggi kes baru sebanyak 6,976 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 498,795.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,235 disusuli Kuala Sarawak (663), Kelantan (626), Johor (549) dan Kuala Lumpur (447).

Sementara itu, hanya Perlis (8) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,587 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 452,821.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 57,020.

Dalam pada itu, 681 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 361 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 49 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,248.