- Iklan -
Berita

Lebih 600 di ICU, kes baru catat 6,493

Selangor catat kes harian tertinggi sebanyak 2,163, sementara 50 korban direkodkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Polis dan Rela di sekatan jalan raya bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP larangan rentas daerah dan negeri perintah kawalan pergerakan (PKP).
Polis dan Rela di sekatan jalan raya bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP larangan rentas daerah dan negeri perintah kawalan pergerakan (PKP).

Malaysia menambah 6,493 lagi kes baru Covid-19 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 498,795.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,163 disusuli Kuala Lumpur (641), Sarawak (612), Kedah (434) dan Johor (406).

Sementara itu, hanya Perlis (3) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 4,508 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 444,540.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 52,106.

Dalam pada itu, 643 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 363 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 50 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,149.