- Iklan -
Berita

Persatuan PKS tidak setuju PKP skala penuh dilaksanakan

Persatuan SME Malaysia berkata 37.7% daripada PKS akan tutup operasi perniagaan buat selama-lamanya jika PKP skala penuh dilaksanakan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
PKP sekala penuh seperti yang dilaksanakan tahun lalu akan menjejaskan perniagaan daripada industri kecil dan sederhana.
PKP sekala penuh seperti yang dilaksanakan tahun lalu akan menjejaskan perniagaan daripada industri kecil dan sederhana.

Perniagaan industri kecil dan sederhana (PKS) hari ini menggesa kerajaan untuk tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan skala penuh terhadap sektor ekonomi, mengatakan hampir 40% of PKS mungkin terpaksa menutup perniagaan jika dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan PKP ketika ini.

Dalam sebuah kenyataan Persatuan SME Malaysia berakta pihaknya mengadakan dialog dengan anggota persatuan pada 18 Mei lalu dan sedang menjalankan tinjauan berkaitan impak PKP 3.0.

“Laporan awal menunjukkan 91% PKS menjangka pendapatan perniagaan akan terjejas dengan pelaksanaan PKP 3.0, dan 37.5% daripada syarikat-syarikat ini dijangka akan menyaksikan kejatuhan 50% pertumbuhan perniagaan.

“Jika PKP diteruskan, 37.7% daripada PKS akan tutup operasi perniagaan buat selama-lamanya,” kata presidennya, Michael Kang dalam sebuah kenyataan.

PKP yang dilaksanakan dengan SOP lebih ketat dilaksanakan dalam negara sehingga 7 Jun depan kecuali Sarawak yang masih mengekalkan status PKP bersyarat.

Walaupun langkah-langkah pembendungan Covid-19 diketatkan, semalam menyaksikan kes harian melebihi 6,000 ketika sektor ekonomi dibenarkan terus beroperasi.

Kang berkata tinjauan tersebut menyaksikan 84.5% PKS juga mungkin akan terjejas dengan pelaksanaan PKP 3.0 jika ia dilaksanakan dengan model yang sama seperti PKP tahun lalu.

“Lebih dari 40% PKS akan hadapi masalah kewangan dan dua juta pekerjaan akan hilang,” tambahnya.

Menurutnya, 65% responden menggesa pakej keselamatan ekonomi dan sosial seperti moratorium automatik diumumkan sementara 88.5% bersetuju pertumbuhan perniagaan akan terjejas jika program imunisasi kebangsaan ditangguhkan.

Beliau berkata lebih separuh responden menyokong program vaksinasi swasta dan berkata mereka sanggup menanggung kos.

“Sementara 95.8% mahu kerajaan peruntukkan lebih banyak insentif bagi membantu SME dengan segera.”