Sunday, October 17, 2021

Dr M gesa PKP skala penuh, kerajaan tanggung kos

Dr Mahathir berkata PKP yang dilaksanakan ketika ini tidak ketat seperti yang PKP 1.0 yang berkuatkuasa Mac tahun lalu.

Other News

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa perintah kawalan pergerakan (PKP) secara penuh dikuatkuasa di seluruh negara namun kerajaan perlu menanggung kos termasuk memastikan makanan mencukupi untuk seluruh rakyat.

Dalam sebuah hantaran di blog beliau hari ini beliau berkata langkah kerajaan adalah tepat untuk melaksanakan PKP ketika ini yang dijangka tamat pada 7 Jun depan.

“Namun sekarang pelaksanaannya tidak lagi ketat,” katanya membandingkan PKP yang pertama kali dilaksanakan dalam negara pada Mac tahun lalu.

“Kita perlu sekat orang ramai untuk tetap berada di rumah. Tak seharusnya ada alasan untuk orang ramai berkumpul. Penjarakan mesti dilaksanakan bahkan dalam kalangan barisan hadapan.”

Bagaimanapun, beliau mengakui menyekat pergerakan orang ramai di rumah bermaksud “tidak ada duit dan tak ada makanan”.

“Kerajaan perlu terima tanggungjawab untuk terus pastikan rakyat terus hidup. Bagi makanan, mestilah ada dapur awam di mana makanan disediakan, dibungkus dan dihantar ke rumah.”

Beliau turut menambah kuarantin kendiri di rumah mestilah dilanjutkan dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan di samping menggesa polis dan tentera “bertegas dalam memastikan orang ramai tidak keluar untuk membeli-belah atau melakukan perkara-perkara lain”.

“Kos perbelanjaan harus ditanggung kerajaan. Kosnya akan jadi tinggi, namun kerajaan perlu lakukannya.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles