- Iklan -
Berita

Kes baru lepasi 6,000, korban virus cecah lebih 2,000

Selangor turut mencatat kes harian paling tinggi hari ini sebanyak 2,251.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga kota mula kembali bekerja selepas bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri. Namun, kes Covid-19 masih meningkat menyebabkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan untuk semua orang mengamalkan 'PKP kendiri'.

Malaysia mencatat kes baru Covid-19 tertinggi hari ini sebanyak 6,075 sejak Januari lalu menjadikan kes keseluruhan virus itu meningkat sebanyak 485,496.

Selangor turut mencatat kes harian paling tinggi hari ini sebanyak 2,251 disusuli Johor (699), Kuala Lumpur (660), Kedah (445) dan Kelantan (441).

Sementara itu, hanya Putrajaya (9) dan Perlis (6) sahaja yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,516 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 436,116.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 47,340.

Dalam pada itu, 559 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 303 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 46 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 2,040.