Friday, September 17, 2021

Tiada kompromi jika salah guna, palsukan dokumen rentas negeri, daerah

Polis mengesan segelintir masyarakat yang berbuat demikian dengan melanggar SOP semasa merentas daerah dan negeri.

Other News

Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalah guna dan memalsukan dokumen kebenaran rentas negeri dan daerah serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas selaras peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini, polis mengesan segelintir masyarakat yang berbuat demikian dengan melanggar SOP semasa merentas daerah dan negeri.

“Dalam usaha melaksanakan ketetapan kerajaan untuk terus mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat, polis akan terus mengawasi serta mengehadkan pergerakan terutamanya melibatkan rentas daerah dan negeri.

“Polis juga akan lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran rentas daerah dan negeri yang dipohon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Acryl berkata orang ramai dinasihat untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles