- Iklan -
Berita

Persatuan perniagaan gesa kerajaan perketat PKP

Pakej rangsangan ekonomi juga bagaimanapun perlu diumumkan kerajaan dalam sekatan pergerakan yang lebih ketat.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan mulai awal bulan ini masih membenarkan sektor ekonomi beroperasi.
Perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan mulai awal bulan ini masih membenarkan sektor ekonomi beroperasi.

Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) hari ini menggesa kerajaan untuk melaksanakan sekatan pergerakan menyeluruh di seluruh negara demi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 namun menambah pakej stimulus pemulihan ekonomi juga perlu diumumkan.

Pengerusi protem FMBA Abdul Malik Abdullah berkata angka kes baru dan kematian yang meningkat ketika ini menunjukkan Malaysia sedang berada di ambang “krisis bencana kesihatan”

“Situasi ekstrem sebegini rupa memerlukan tindakan-tindakan yang ekstrem juga,” katanya dalam sebuah surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Kita boleh bina semula ekonomi, institusi kewangan, dan kehidupan sosial kita – tapi kita tak boleh kehilangan nyawa,”

Beliau berkata FMBA yang mewakili 260 persatuan perniagaan dengan kekuatan keahlian sebanyak 950,000 perniagaan dan 7,000,000 tenaga kerja bersedia untuk “berdepan segala cabaran” namun tetap mengakui perintah kawalan pergerakan dengan skala penuh tidak akan memberikan kesan yang baik kepada negara.

“Ekonomi kita akan runtuh, dan sumber kesihatan pula akan tenat, sehingga membawa kita ke arah bencana seperti apa yang kita lihat di India.”

Beliau mencadangkan beberapa langkah untuk mengelakkan negara dari menanggung risiko ekonomi jika satu lagi PKP dilaksanakan termasuk moratorium dengan program perniagaan dan individu, sokongan kewangan, subsisi gaji, pengecualian statutori, subsidi utiliti, dan tindakan inklusif dan proaktif berhubung SOP.

Beliau mencadangkan tempoh moratorium tanpa faedah sehingga akhir tahun, dan ia terpakai kepada sesiapa sahaja yang menerima kemudahan itu sebelum Mac tahun lalu sama ada secara individu atau perniagaan kecuali sektor-sektor yang yang beroperasi secara penuh tahun lalu.

Untuk kali ini, katanya, moratorium haruslah memasukkan hutang kredit dan syarikat-syarikat sewa.

“Kami harap bank-bank boleh rendahkan kadar kewangan kepada pengguna, ketika kos dana-dana telah jatuh bagi kerajaan,” katanya.

Beliau turut menambah moratorium yang akan dijalankan bakal menanggung kos sebanyak RM6.4 bilion, yang hanya mewakili 7% daripada tiga tahun keuntungan bagi lapan bank tempatan utama negara.

Bagi sokongan kewangan, beliau mendesak syarikat bertujuan khas ditubuhkan bagi semua pakej bantuan kewangan.

“Ia perlu diuruskan sebagai model syarikat usahasama kerajaan-swasta berikutan kejayaan model Danajamin Danaharta,” tambahnya.