Thursday, June 17, 2021

Kesesakan trafik bukan berpunca daripada balik kampung, kata polis

Kesesakan di lebuh raya Karak adalah disebabkan pemeriksaan yang diperketatkan di sekatan jalan raya.

Other News

Polis hari ini menafikan kesesakan trafik di lebuh raya utama di Selangor semalam disebabkan orang ramai pulang ke rumah daripada percutian Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.

Ketika dihubungi MalaysiaNow, Ketua Polis Gombak Arifai Tarawe berkata kesesakan di lebuh raya Karak disebabkan pemeriksaan yang diperketatkan di sekatan jalan raya bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi larangan rentas negeri dan daerah.

“Ada kesesakan sepanjang 3 hingga 4km dari sekatan jalan raya.

“Kebanyakan pengguna jalan raya yang merentas negeri memiliki surat dari majikan mereka,” katanya.

Beliau berkata hanya 27 kompaun dikeluarkan semalam kerana percubaan untuk merentas negeri tanpa surat kebenaran.

Sebuah gambar kesesakan lalu lintas dari lebuh raya pantai timur memasuki Lembah Kelang tular di Twitter semalam selepas ia dimuat naik Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pengguna media sosial turut menyuarakan kebimbangan mengenai kepatuhan orang ramai terhadap larangan rentas negeri perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bakal berakhir pada 7 Jun depan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles