Saturday, June 19, 2021

Kebanyakan rakyat masih patuh SOP, segelintir sudah letih

Keletihan pandemik mencetuskan kesan psikologi dan emosi sehingga membuat segelintir rakyat Malaysia tidak peduli dengan situasi wabak Covid-19.

Other News

Tular di media sosial kebelakangan ini mengenai gambar dan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh pelbagai pihak hingga mencetuskan kemarahan orang ramai lebih-lebih lagi ketika negara masih mencatatkan angka jangkitan Covid-19 yang tinggi.

Namun di sebalik penularan isu itu, majoriti rakyat Malaysia masih kekal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan apatah lagi ia sudah menjadi sebahagian norma baharu kehidupan harian dan dipraktikkan secara meluas di seluruh negara sejak perintah kawalan pergerakan (PKP), tahun lepas.

Pakar psikologi kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Fauziah Mohd Saad berkata perkara itu terbukti ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini yang menyaksikan majoriti rakyat patuh dengan arahan kerajaan agar tidak mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung.

“Namun dari segi penguatkuasaan, perlu ada pemerkasaan oleh pihak berkuasa seperti pihak pengurusan pusat beli-belah yang sepatutnya mengawal jumlah kedatangan pengunjung,” katanya.

Pakar kaunseling dan motivasi bebas Hushim Salleh pula berpendapat bahawa pelanggaran SOP oleh segelintir rakyat berlaku kerana mereka telah melalui perintah kawalan pergerakan dalam tempoh yang panjang hingga berasa terkongkong.

“Mereka mengalami keletihan pandemik hingga mencetuskan kesan psikologi dan emosi yang membawa pada tahap mereka sudah tidak kisah dengan situasi penularan wabak Covid-19 ini.

“Mereka bukan tidak tahu pasal angka jangkitan kes dan nasihat mengenai SOP kerana ia boleh diperoleh daripada telefon pintar masing-masing tapi keadaan sekarang ada kalanya membawa kepada pemikiran yang tidak rasional,” katanya.

Selangor masih mencatatkan kes tertinggi Covid-19 dengan sejumlah 1,650 kes baharu direkodkan semalam (17 Mei).

Sementara itu, pakar perubatan lesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia Dr Malina Osman menyifatkan ketidakpatuhan SOP dalam kalangan penduduk di Selangor terutama di Shah Alam menjadi punca peningkatan kes positif Covid-19.

Tinjauan Bernama di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati dekat sini juga mendapati keadaan tidak sesak sebagaimana ditularkan sebelum ini.

Ini susulan kerajaan negeri memasang khemah di luar CAC untuk kemudahan pesakit dan petugas di pusat berkenaan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles