- Iklan -
Berita

Tempahan vaksin AstraZeneca dibuka adalah palsu, kata JKJAV

JKJAV menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu yang tular di media sosial.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai perubatan memberi suntikan vaksin AstraZeneca. Sejak 24 Februari lalu, kadar imunisasi Covid-19 dalam negara meningkat melebihi 50% populasi dewasa.
Pegawai perubatan memberi suntikan vaksin AstraZeneca. Sejak 24 Februari lalu, kadar imunisasi Covid-19 dalam negara meningkat melebihi 50% populasi dewasa.

Tempahan untuk vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu dalam kenyataan malam ini memaklumkan pautan https://www.vaksincovid.gov.my/en/register yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.

Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter.