Wednesday, October 20, 2021

Jais kesan masjid, surau langgar SOP

Antara pelanggaran SOP termasuk bilangan jemaah yang melebihi had dibenarkan, tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Other News

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendapati beberapa masjid dan surau di negeri ini melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ia masih berlaku.

Pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia termasuk bilangan jemaah yang melebihi had dibenarkan, individu tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal sepanjang berada di masjid dan surau.

“Jais mengambil sikap memberi nasihat dan teguran secara baik pada peringkat ini. Bagaimanapun, tindakan yang tegas akan dilakukan sekiranya pelanggaran SOP masih berlaku pada siri pemantauan berikutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan umat Islam di Selangor supaya tidak membuat perbandingan terhadap langkah diambil Jais dengan negeri-negeri lain kerana situasi dan latar belakang penularan adalah berbeza bagi setiap negeri.

Katanya Jais berharap umat Islam dapat menghadapi situasi semasa dengan bermuhasabah dan merenung kembali peranan masing-masing sebagai jemaah masjid dan surau.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles