Sunday, June 13, 2021

45 korban Covid-19, lebih 500 di ICU

Sarawak mencatat kes harian kedua tertinggi sebanyak 433.

Other News

4,446 kes baru dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 474,556.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,650 kes disusuli Sarawak (433), Johor (391), dan Kuala Lumpur (297).

Sementara Labuan dan Perlis tidak mencatat sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 2,784 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 429,103.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 43,506.

Dalam pada itu, 522 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 273 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 45 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,947.

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles