- Iklan -
Berita

36 korban Covid-19, kes baru catat angka 3,780

Bilangan keseluruhan korban Covid-19 lepasi 1,900.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kuala Lumpur, 5 Mei 2021 - Pegawai perubatan membuat persiapan sebelum memberi suntikan vaksin AstraZeneca pada hari pertama yang dibuka pada umum kepada penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra.Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sudah memasuki fasa kedua dan dijadualkan menyelesaikan proses imunisasi seluruh negara pada tahun depan.

3,780 kes baru dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 470,110.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,275 disusuli Sarawak (405), Kedah (363), dan Kuala Lumpur (342).

Hanya Labuan (7), Perlis (2) dan Putrajaya (7) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,990 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 426,319.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 41,889.

Dalam pada itu, 520 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 272 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 36 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,902.