- Iklan -
Berita

44 korban Covid-19, kes baru cecah 4,140

Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 1,507.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021 selepas didapati kes jangkitan Covid19 makin meningkat.
Perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun 2021 selepas didapati kes jangkitan Covid19 makin meningkat.

4,140 kes baru dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 466,330.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,507 kes disusuli Johor (433), Kuala Lumpur (398), Pulau Pinang (338) dan Sarawak (324).

Hanya Labuan (3) dan Perlis (2) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,432 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 422,329.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 42,135.

Dalam pada itu, 482 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 250 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 44 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,866.