- Iklan -
Berita

34 korban akibat Covid-19, kes baru catat angka 4,113

Selangor catat kes harian tertinggi hari ini sebanyak 1,269.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 diumumkan kerajaan bagi melandaikan keluk wabak Covid-19 yang menunjukkan peningkatan kes dalam negara.
Perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 diumumkan kerajaan bagi melandaikan keluk wabak Covid-19 yang menunjukkan peningkatan kes dalam negara.

Malaysia mencatat 4,113 kes baru Covid-19 hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 462,190 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,269 kes disusuli Sarawak (533), Kelantan (371), Johor (335) dan Kuala Lumpur (306).

Hanya Labuan (6) dan Perlis (5) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara turut merekodkan 13 kluster baru dengan 461 kluster aktif.

Sementara kluster yang telah tamat sebanyak 1,400.

Negara juga mencatat sebanyak 4,190 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 418,897.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 41,471.

Dalam pada itu, 482 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 250 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 34 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,822.