- Iklan -
Berita

27 korban dicatat ketika kes baru cecah 4,855

Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,783 disusuli Kuala Lumpur yang merekodkan 521 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota polis memeriksa kenderaan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP bagi membendung wabak Covid-19.
Anggota polis memeriksa kenderaan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP bagi membendung wabak Covid-19.

4,855 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 458,077 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,783 kes disusuli Kuala Lumpur (521), Johor (467), sementara Sarawak dan Pulau Pinang mencatat 395 kes.

Hanya Labuan (4) dan Putrajaya (9) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara turut merekodkan 8 kluster baru dengan 457 kluster aktif. Kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 1,391.

Malaysia juga mencatat sebanyak 3,347 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 414,707.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 41,582.

Dalam pada itu, 481 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 247 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 27 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,788.