Monday, September 20, 2021

Misi bawa pulang rakyat Malaysia dari India selamat tiba di KLIA

Misi yang menggunakan pesawat Malindo Air itu membawa pulang sejumlah 132 orang dari India yang kini berdepan krisis pandemik yang dahsyat.

Other News

Misi repatriasi membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai, India selamat tiba di Unit Kecemasan Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.00 pagi Rabu.

Menurut kenyataan Wisma Putra, misi itu yang menggunakan pesawat sewaan khas Malindo Air membawa pulang sejumlah 132 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 117 orang adalah rakyat Malaysia dan enam (6) orang tanggungan serta seorang (1) pemegang status penduduk tetap Malaysia serta lapan warga Brunei.

Mengambil kira hubungan erat dan istimewa yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Brunei, kerajaan Malaysia turut membantu bawa pulang warga Brunei dalam misi itu, kata kenyataan itu.

Kesemua penumpang, kru dan pegawai-pegawai barisan hadapan yang terlibat dalam menjayakan misi itu adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kejayaan misi ini adalah hasil kerjasama erat melibatkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), KKM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai serta agensi-agensi lain yang berkaitan, menurut kenyataan itu lagi.

Kementerian luar negeri merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi ini dan kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles