- Iklan -
Berita

39 korban Covid-19 ketika kes baru lepasi 4,700

Selangor catat kes harian tertinggi hari ini sebanyak 2,082.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sepasang suami isteri berjalan berpimpin tangan di sebuah kompleks membeli belah di Shah Alam. PKP 3.0 yang diumumkan kerajaan tidak menutup sektor ekonomi seperti kali pertama sekatan itu diperkenalkan.
Sepasang suami isteri berjalan berpimpin tangan di sebuah kompleks membeli belah di Shah Alam. PKP 3.0 yang diumumkan kerajaan tidak menutup sektor ekonomi seperti kali pertama sekatan itu diperkenalkan.

Selangor hari ini mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,082 dalam 4,765 kes baru Covid-19 dalam negara.

Angka kes baru itu menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 453,222 kes.

Selepas Selangor, kedudukan jumlah catatan kes harian tertinggi disusuli Kuala Lumpur (540), Sarawak (405), Johor (348), dan Kelantan (297).

Hanya Labuan (6), Putrajaya (8) dan Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 3,124 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 411,360.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 40,101.

Dalam pada itu, 469 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 244 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 39 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,761.