Friday, June 18, 2021

22 tuntutan berkait skandal 1MDB difail terhadap beberapa entiti, individu

Kerajaan menjamin untuk meneruskan usaha sehingga mereka yang terlibat dengan skandal 1MDB dan SRC dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

Other News

1MDB dan SRC International Sdn Bhd disahkan telah memfailkan 22 tuntutan sivil pada 7 Mei 2021 terhadap beberapa entiti termasuk dan individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan termasuk termasuk pelanggaran kewajipan kontrak dan pengkayaan tidak wajar.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, kementerian kewangan berkata writ yang difailkan itu termasuk enam oleh 1MDB dan 16 lagi oleh SRC International telah difailkan pada 7 Mei lalu untuk pemulangan aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion (AS$23 bilion), termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.

Tuntutan yang difailkan oleh 1MDB 1MDB ini adalah terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu atas pelbagai kesalahan termasuk pelanggaran kewajipan kontrak, statutori, fidusiari, pecah amanah, konspirasi, bantuan tidak jujur dalam penyelewengan dana, kecuaian, penerimaan dengan pengetahuan dan pengkayaan tidak wajar.

Mereka yang difailkan oleh SRC International 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan kuasa, pelanggaran kewajipan fidusiari di jawatan awam, pecah amanah, konspirasi, bantuan tidak jujur, pelanggaran kewajipan secara frod; penerimaan dengan pengetahuan, salahlaku dan penukaran salah.

“Berikutan kejayaan penyelesaian yang signifikan terhadap Goldman Sachs, AmBank Group dan Deloitte PLT, usaha kerajaan kini difokuskan untuk membawa ke muka pengadilan pesalahlaku lain yang telah menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan/atau SRC semasa pelaksanaan tugas mereka, sebagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai operasi dan urus niaga 1MDB dan/atau SRC.

“Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kerajaan akan meneruskan usaha sehingga semua pihak yang terlibat dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesalahan kepada negara melalui penglibatan mereka dalam 1MDB dan/atau SRC,” kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Pada Oktober tahun lalu, Goldman Sachs bersetuju untuk membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion bagi menyelesaikan pertuduhan jenayah dalam skandal 1MDB, penalti terbesar yang pernah AS keluarkan dalam kes rasuah.

Goldman Sachs turut membantu mengumpulkan kira-kira AS$6.5 bilion untuk dana tersebut. Jabatan Kehakiman AS (DOJ) berkata lebih dari AS$4.5 bilion dicuri dari 1MDB oleh pegawai atasan dana itu dan sekutunya antara tahun 2009 dan 2015.

Sementara itu, pada bulan Februari, AMMB Holdings Bhd bersetuju untuk penyelesaian global tuntutan tertunggak bernilai RM2.83 bilion dan beberapa tindakan berkaitan penglibatan AmBank Group dalam urusan 1MDB.

Jumlah penyelesaian itu juga adalah tambahan kepada penalti berjumlah RM53.7 juta yang diarahkan Bank Negara Malaysia dan dibayar oleh AmBank Group.

Pada Mac lalu, Deloitte PLT bersetuju untuk penyelesaian sejumlah RM324 juta bagi semua tuntutan berkaitan kewajipan fidusiari dalam pengauditan akaun-akaun 1MDB dan SRC International untuk tempoh 2011-2014.

Kementerian hari ini menegaskan bahawa kesemua hasil daripada usaha pemulangan aset 1MDB termasuk penyelesaian masa depannya dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Pemulangan Aset di seliaan jagaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Penyelesaian ini tidak menjejas atau mengkompromi tuntutan Malaysia terhadap pesalahlaku lain yang telah menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan SRC, dan mereka akan tetap dihadapkan ke muka pengadilan melalui sistem perundangan jenayah dan sivil.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles