Saturday, June 19, 2021

Putrajaya keluarkan senarai 150 premis hotspot Covid-19

Pusat membeli belah di KL dan Selangor mendominasi senarai itu dan orang awam digesa menjauhi kawasan-kawasan ini.

Other News

Putrajaya hari ini mengeluarkan senarai 150 premis yang mempunyai potensi sebagai titik panas ataupun hotspot Covid-19, menjelang sambutan Aidilfitri, sebagai sistem amaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) untuk mengekang pandemik.

Antara yang mendominasi senarai ialah pusat membeli belah termasuk yang terkemuka di Lembah Klang termasuk lokasi lain seperti pasar, hotel, kedai runcit dan masjid.

Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, perkongsian senarai lokasi ini bertujuan untuk membantu masyarakat membuat perancangan perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum menuju ke sesebuah lokasi atau premis agar dapat menghindari risiko jangkitan Covid-19.

“Selain itu, ia juga boleh dijadikan panduan kepada pemilik atau pengusaha premis untuk mengambil langkah proaktif bagi mencegah dan melindungi premis masing-masing daripada menjadi pusat penularan
jangkitan Covid-19.

“Orang ramai dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke lokasi atau premis yang disenaraikan. Sekiranya masih perlu mengunjungi lokasi atau premis tersebut, patuhi garis panduan yang ditetapkan serta sentiasa mengamalkan budaya normal baru,” kata Khairy.

The premises are identified through HIDE’s analysis based on monitoring and forecast of the health ministry’s Crisis Preparedness and Response Centre.

Premis yang dikenalpasti melalui analisis HIDE di bawah kendalian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), kementerian kesihatan.

“Dalam tempoh tujuh hari yang lalu, sebanyak 23,712 kes baru positif Covid-19 dicatatkan manakala kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke unit rawatan rapi (ICU) meningkat sebanyak 21 peratus berbanding minggu sebelum ini,” kata Khairy.

Berikut adalah premis yang dikenal pasti sebagai titik panas oleh kementerian kesihatan.

KUALA LUMPUR

Mont Kiara Shopping Mall
99 Speedmart, 1371 Jln Bangsar
99 Speedmart, 1605 Tmn Sri Bintang
99 Speedmart, Taman Wangsa Ukay
Aeon Alpha Angle Shopping Centre
Aeon Big Danau Kota
Aeon Big Kepong
Aeon Big Wangsa Maju
Aeon Mall Cheras Selatan
Aeon Maxvalu Prime Sunway Velocity
Aeon Maxvalu Prime The Sphere, Bangsar South
Aeon Mid Valley
Bangsar Shopping Centre
Bangsar Village 2
Bangunan Cahaya Suria
Bazar Aidilfitri Lorong Tuanku Abdul Rahman
Bazaria Wangsa Maju
Bens Independent Grocer, Publika
Endah Parade Shopping Complex
Fahrenheit88 Mall
Food Republic Pavilion KL
Guardian KLCC
Hong Leong Bank Berhad HQ
Intermark Mall
Jakel Mall Kuala Lumpur
Stesen KTMB KL Sentral
KL East Mall
KL Eco City Mall
KNL Market Sdn Bhd 1st Floor, Podium Block (Faber Towers)
Kompleks Perniagaan & Komuniti Bandar Baru Sentul
Lotus’s Cheras
Lotus’s Kepong
LRT KLCC
LRT Masjid Jamek
Masjid Jamek Kampong Baru
Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Bangsar
Maybank – Mid Valley City Branch
Melawati Mall
Menara Bumiputra Commerce
Mid Valley Megamall
Mytown Shopping Centre
Brem Mall
NSK Trade City, Peel Road
Nu Sentral Shopping Centre
Parkson Elite Pavilion Level 3
Pasar Borong Kuala Lumpur
Pavilion Elite Mall
Pavilion Kuala Lumpur
Pasar Pagi Jinjang Utara
Plaza Low Yat
Publika Shopping Gallery
Selayang Mall
Setapak Central
Kompleks Sogo
Stesen Sentral Kuala Lumpur
Sungei Wang Plaza
Sunway Velocity Mall
Super Seven Trade Center
Suria KLCC
Taman Metropolitan Kepong
Tapak Penjaja Pasar Pudu
United Point Commercial
Viva Venture
VG Desa Park Arkadia
Wisma Cosway
Zon 2 Suakasih

SELANGOR

1 Utama Shopping Centre
99 Speedmart, 2460 Tmn Sri Mewah
99 Speedmart, 2447 Sunsuria Forum
99 Speedmart, 1672 Tmn Bintang Mas
99 Speedmart, 1248 Tmn Desa Bakti
Aeon Bandar Utama
Aeon Big Klang
Aeon Big Tun Hussein Onn
Aeon Mall Rawang
Aeon Mall Taman Equine
Bazaar Ramadan Taman Pelangi, Semenyih
Billion Shopping Centre, Bandar Baru Bangi
Central I-City Mall
Checkers Hypermarket
Crewroom Sri Rampai
The Starling, Damansara Uptown
Dataran Puchong Permai, Puchong
Giant Hypermarket Bandar Kinrara
Giant Hypermarket Banting
Giant Hypermarket Klang
GM Klang Wholesale City
Kolej Matrikulasi Selangor
Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi
Lotus’s Bandar Bukit Puchong
Lotus’s Klang
Lotus’s Kuala Selangor
Lotus’s Mutiara
Lotus’s Puchong
Lotus’s Puncak Alam
Lotus’s Selayang
Lotus’s Semenyih
Lotus’s Setia Alam
Maha Usaha
Main Place Mall
Kipmall Kota Warisan
Matahari Mall
Mydin Mart Seksyen 18 Shah Alam
NSK Trade City Selayang
P Pengilang Rawang Corporate Industrial Park
Padini Concept Store Sunway Pyramid
Panasonic Manufacturing (Shah Alam II Plant)
Paradigm Mall Petaling Jaya
Parkson Elite 1 Utama
Pasar Moden MBSJ SS15 Pasar Pagi
Pasar Ramadan Taman Putra Perdana
Proton Centre of Excellence, Subang Jaya
Plaza Shah Alam
Restoran Jejantas Sg Buloh Arah Selatan
Subang Parade
Sunway Pyramid
The Curve
The Mines Shopping Mall
Jaya Grocer Bukit Jelutong
Tropicana Gardens Mall

PUTRAJAYA

IOI City Mall
Lotus’s IOI City
Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3

JOHOR

Aeon Mall Bukit Indah
Econsave Yong Peng
Giant Hypermarket Plenton
Giant Hypermarket Tampoi
Johor Bahru City Square Mall
Johor Premium Outlets
KSL City
Pasaraya Pandan
The Mall Mid Valley Southkey

MELAKA

Aeon Mall Bandaraya Melaka

NEGERI SEMBILAN

Giant Superstore Nilai

SABAH

Entre Point Shopping Mall
Suria Shopping Mall
Kompleks Karamunsing

SARAWAK

Plaza Merdeka Shopping Centre
The Spring Bintulu
The Summer Shopping Mall
Vivacity Megamall Kuching

PENANG

Queensbay Mall
Gurney Paragon Mall
Lotus’s Penang
Aeon Queensbay
Toshiba Tec Malaysia Manufacturing Sdn Bhd

PERAK

A&W Ipoh Parade
Dewan Serbaguna Kampung Balun, Slim River
Mydin Parit Buntar

KELANTAN

KB Mall
Lotus’s Kota Bharu

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles