- Iklan -
Berita

Premis tersenarai dalam sistem HIDE diarah tutup 3 hari

Premis-premis tersebut diarah tutup serta merta.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan ditutup bermula Isnin ini.
Bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan ditutup bermula Isnin ini.

Premis termasuk bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), kerana dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes Covid-19, akan diarahkan ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta merta.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti penguatkuasaan bagi semua premis akan dipantau oleh Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna serta pihak berkuasa tempatan.

“Kerajaan juga ingin memaklumkan, semua bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP) akan ditutup bermula Isnin ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan, bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkatan jangkitan Covid-19, dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.

Terdahulu, kerajaan telah menerbitkan senarai HIDE pertama premis perniagaan yang dikenal pasti sebagai titik panas Covid-19, yang berpotensi mendatangkan risiko penularan wabak tersebut.