- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 lepasi angka 4,500

Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,722.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kuala Lumpur, 5 Mei 2021 - Pegawai perubatan membuat persiapan sebelum memberi suntikan vaksin AstraZeneca pada hari pertama yang dibuka pada umum kepada penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra.Sebelum ini mereka telah berdaftar secara sukarela dilaman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).Setakat ini, Malaysia sudah menerima 268,800 dos vaksin AstraZeneca pada 23 April lalu, dengan penerima memerlukan dua dos vaksin bagi mendapat perlindungan lengkap daripada COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengumumkan 4,519 kes baru Covid-19 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 436,944 kes.

Selangor masih mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 1,722 disusuli Kuala Lumpur (557), Sarawak (479), dan Kelantan (373).

Hanya Labuan (2) dan Perlis (1) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 2,719 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 398,723.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 36,564.

Dalam pada itu, 393 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 210 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 25 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,657.