Monday, June 14, 2021

Selangor tetapkan bilangan baru jemaah di masjid, surau

Bagi masjid pengurusan dan masjid kariah, solat Jumaat dan fardu dihadkan kepada 100 orang.

Other News

Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor mengeluarkan ketetapan baru bilangan jemaah solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat tarawih di semua masjid dan surau di enam daerah di negeri ini yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat.

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat manakala solat fardu dihadkan kepada 200 jemaah termasuk pentadbir.

Bagi solat sunat tarawih, bilangan jemaah dihadkan seramai 600 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah manakala 550 jemaah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Menurut kenyataan itu, bagi masjid pengurusan dan masjid kariah, solat Jumaat dihadkan kepada 100 orang dan solat fardu 100 jemaah manakala 100 jemaah muslimin dibenarkan untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan.

Seramai 200 jemaah pula dihadkan untuk solat Jumaat, solat fardu (200) dan solat sunat tarawih (200 muslimin) di masjid institusi manakala di surau solat jemaah, seramai 50 orang dihadkan untuk menunaikan solat Jumaat, solat fardu (50) dan solat sunat tarawih (50 muslimin).

Jelas kenyataan itu, di Surau Kariah pula solat fardu dihadkan kepada 50 jemaah dan 50 muslimin dibenarkan menunaikan solat sunat tarawih.

Solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih bagi daerah terlibat pelaksanaan PKP bersyarat (PKPB) di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor adalah kekal mengikut ketetapan terdahulu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles