Tuesday, June 15, 2021

Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di daerah PKP

Bazar Ramadan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai bermula 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri bermula 10 pagi hingga 10 malam. 

Other News

Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula esok, untuk terus beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata waktu operasi bazar Ramadan di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai bermula 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri bermula 10 pagi hingga 10 malam.

“Begitu juga dengan operasi bazar Ramadan di daerah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) iaitu bermula 3 petang hingga 8 malam manakala bazar Aidilfitri bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, sebarang perubahan atau pindaan serta keputusan terkini daripada kerajaan negeri berhubung maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata tiga daerah di Johor diletakkan di bawah PKP bermula esok hingga 20 Mei berikutan jumlah kes aktif yang direkodkan di lokaliti itu adalah tinggi dengan kebanyakan kes adalah sporadik dalam komuniti.

Pada 30 April lepas, media melaporkan empat bazar Ramadan di negeri ini diarah tutup serta-merta sebagai langkah berjaga-jaga selepas tapak perniagaan itu dikunjungi individu disyaki positif Covid-19.

Tahun ini, sebanyak 193 bazar Ramadan dan Aidilfitri dibenarkan beroperasi di 16 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Johor membabitkan 9,609 petak jualan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles