- Iklan -
Berita

Kuala Lumpur berstatus PKP mulai 7 Mei

Beberapa daerah di Terengganu, Johor dan Perak juga turut diletakkan di bawah PKP mulai 7 Mei.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Jalan sekitar ibu negara kelihatan lengang pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) manakala kedai-kedai kecil menutup operasinya di Jalan Sultan Ismail.
Jalan sekitar ibu negara kelihatan lengang pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) manakala kedai-kedai kecil menutup operasinya di Jalan Sultan Ismail.

Ibu negara Kuala Lumpur akan diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 7 sehingga 20 Mei, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri hari ini.

Di Terengganu, 14 daerah turut diletakkan di bawah status PKP, selain Taiping, Larut Matang dan Selama di Perak.

Tiga daerah di Johor termasuk Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi turut diletakkan di bawah PKP.

Di Kuala Lumpur, kedai makan dan premis restoran dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga tengah malam namun makan di premis adalah dilarang.

Kesemua kawasan ini menyusuli enam daerah di negeri Selangor yang turut dikenakan PKP bermula esok.

Pengumuman terbaru pelaksanaan PKP kali ini adalah berikutan kenaikan jumlah kes baru Covid-19, Selangor menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi mendahului negeri-negeri lain.

Catatan kes harian Selangor untuk hari ini sahaja telah melebihi 1,500 kes dalam kes keseluruhan dalam negara sebanyak 3,744 kes.