Saturday, October 16, 2021

Bazar Ramadan tidak dibenarkan di Selangor bermula Sabtu

Penutupan operasi bazar Ramadan diadakan pada hari Sabtu untuk memberi peluang kepada pemilik gerai untuk menyelesaikan tugasan perniagaan mereka.

Other News

Bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negeri Selangor sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai Sabtu.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, penutupan operasi bazar Ramadan diadakan pada hari Sabtu untuk memberi peluang kepada pemilik gerai untuk menyelesaikan tugasan perniagaan mereka.

“Ini untuk memberi peluang kepada pengurus bazar dan pemilik gerai untuk menyelesaikan beberapa tugas mereka terutama untuk menguruskan stok-stok.

“Saya kira kita tidaklah begitu kejam atau tidak memaksa untuk menutup operasi bazar memandangkan kita mengambil kira jumlah mereka beroperasi sudah 25 hari,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau juga mengumumkan perubahan SOP untuk premis perniagaan seperti kedai makan, kedai runcit dan stesen minyak yang dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 malam.

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan premis perniagaan berkenaan hanya boleh beroperasi sehingga 10 malam.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles