- Iklan -
Berita

AS siasat atlet futsal jadi mangsa perkauman dalam pertandingan FIFA

Concacaf turut memaklumkan pihaknya telah memulakan siasatan berhubung kejadian tersebut.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Futsal adalah bola sepak versi lima pemain di gelanggang dalaman yang lebih kecil dan ukurannya mirip gelanggang bola keranjang. Gambar: AP
Futsal adalah bola sepak versi lima pemain di gelanggang dalaman yang lebih kecil dan ukurannya mirip gelanggang bola keranjang. Gambar: AP

Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (AS) berkata siasatan sedang dijalankan berhubung seorang atletnya yang didakwa menjadi mangsa penghinaan bersifat perkauman oleh seorang pemain Nicaragua dalam kelayakan serantau bagi kejohanan Piala Dunia Futsal FIFA.

Sebuah kenyataan persekutuan itu berkata bahawa Konfederasi Sepak bola Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (Concacaf) telah membuka siasatan terhadap kejadian tersebut yang didakwa berlaku pada perlawanan antara Amerika Syarikat dan Nicaragua di bandar Guatemala.

Perlawanan tersebut dimenangi AS dengan keputusan 4-2.

“Bahasa dan tingkah laku seperti ini tidak dapat diterima.

“Ketaksuban, prasangka dan kebencian tidak pernah mendapat tempat dalam permainan atau masyarakat,” kata persekutuan itu.

“Kami mengambil tindakan dengan menghantar laporan rasmi kepada Concacaf dan kami dimaklumkan bahawa siasatan akan segera dijalankan.”

Futsal adalah bola sepak versi lima pemain di gelanggang dalaman yang lebih kecil dan mirip ukuran gelanggang bola keranjang.