- Iklan -
Berita

AS bakal hantar 60 juta dos vaksin Covid-19 ke luar negara

Presiden Joe Biden menyifatkan inisiatif itu sebagai 'komitmen kemanusiaan yang penting' dari Amerika Syarikat.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Program vaksinasi Covid-19 kini aktif dijalankan di seluruh dunia bagi mencapai imuniti kelompok. Gambar: AP
Program vaksinasi Covid-19 kini aktif dijalankan di seluruh dunia bagi mencapai imuniti kelompok. Gambar: AP

Dalam tempoh dua bulan akan datang Amerika Syarikat (AS) akan berkongsi 10% bekalan vaksin Covid-19 dengan seluruh dunia, umum Presiden Joe Biden.

“Kami komited… untuk mengirim 60 juta dos vaksin AstraZeneca ke negara lain mulai bulan ini dan berakhir pada Jun. Bermakna sekitar 10 peratus vaksin yang akan kita hasilkan untuk AS pada masa itu akan diedarkan kepada seluruh dunia, ” kata Biden.

Beliau menyifatkannya sebagai “komitmen kemanusiaan yang penting” sebagai tambahan kepada bantuan AS terhadap Covax, inisiatif antarabangsa untuk pembelian vaksin oleh negara-negara yang kurang mampu.

Rumah Putih mengakui buat masa ini ia tidak memiliki vaksin AstraZeneca, namun berharap dapat menerima 60 juta dos suntikan itu tidak lama lagi.