- Iklan -
Berita

Selangor kekal tertinggi dalam 3,120 kes baru

Sarawak mencatat kes harian kedua tertinggi sebanyak 620.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai beratur panjang menunggu giliran untuk masuk ke bazar Ramadan di Kuala Lumpur. Peningkatan kes dalam negeri menyebabkan kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan sekatan yang lebih ketat demi membendung Covid-19.

Malaysia mencatat 3,120 kes baru hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 420,632 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 675 disusuli Sarawak (620), Kuala Lumpur (408), Johor (336), dan Kelantan (296).

Hanya Labuan (5) sahaja yang mencatatkan kes satu digit sementara Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 2,334 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 387,542.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 31,516.

Dalam pada itu, 338 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 181
orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 23 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,574.