- Iklan -
Berita

Malaysia catat 2,500 kes baru Covid-19

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 637.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga emas dan mereka yang berisiko tinggi beratur untuk menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Petaling Jaya. Gambar: Bernama
Warga emas dan mereka yang berisiko tinggi beratur untuk menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Petaling Jaya. Gambar: Bernama

Malaysia mencatat 2,500 kes baru hari ini menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 417,512 kes.

Selangor mencatat angka tertinggi kes harian sebanyak 637 disusuli Kelantan (401), Sarawak (356), Johor (205), dan Kuala Lumpur (200).

Hanya Putrajaya (3) sahaja yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Sementara Labuan dan Perlis tidak mencatatkan sebarang kes hari ini

Negara juga mencatat sebanyak 2,068 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 385,208.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 30,753.

Dalam pada itu, 352 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi termasuk 186 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 18 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 1,551.