Friday, June 18, 2021

Abdul Hamid rasmi serah tugas KPN kepada Acryl Sani

Tongkat kuasa KPN turut diserahkan kepada Acryl dalam sebuah acara penyerahan tugas pagi tadi.

Other News

Abdul Hamid Bador hari ini menyerahkan tugas dan tongkat kuasa Ketua Polis Negara kepada Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor satu Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said.

Acryl Sani akan memulakan tugas sebagai ketua polis negara berkuatkuasa esok.

Pelantikan Acryl Sani mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah dengan nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Tongkat kuasa jawatan berkenaan diserahkan kepada Acryl Sani sambil disaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Wan Ahmad Dahlan Abdul

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles